Wednesday, 13 June 2012

perkara yang tiba-tiba muncul beberapa hari sebelum exam -.-

jeng jeng jengggg ~
PERKARA YANG TIBA-TIBA MUNCUL BEBERAPA HARI SEBELUM EXAM 

**********

BERMAAFAN SESAMA RAKAN SEBILIK,SERUMAH,SEKELAS,SEKAMPUNG DAN SEMALAYSIA 

perasan tak ? bila nak dekat exam baru la terpikior (orang perak kata terpikior) nak bermaafan sesama rakan . time sebelum exam atau takde exam memang takboleh nak mintak mahap ke? choiii , kita kena selalu meminta maaf dan memaafkan orang lain la . (pesanan diri sendiri). nanti mula la ada yang update kat status FB TWITTER segala bagai "MAAFKAN SAYA KAWAN-KAWAN, ESOK SAYA NAK EXAM" HAHAHA , betul takk ? ^^
BARU NAK CALL MAK BAPAK , NAK BALIK RUMAH CIUM TANGAN MINTAK AMPUN MAAF , KALAU TAK EXAM HAREMMMM~ 

HAAAA , ni lagi satu kes , time kau seronok monok mondok takde pulak teringat nak call mak ayah , bila nak exam baru sibuk nak call mak ayah lah , terfikir nak balik , kalau tak setahun kau belajar setahun jugak kau taknak balik ! (aku ke?) tapi ni bukan semua la , tetapi aku rasa ramai yg macamni . hikhik . sila terasa .


BARU NAK SOLAT , INGAT ALLAH , KALAU TAKK ? 


ni lagi satu kes naya , bila nak exam baru kau ingat SIAPA TUHANMU ? MAROBUKKA ? baru la terhegeh-hegeh nak solat la , dan dan posa sunat la , kalau tak sebelum tu subuh tah kemana , zohor p london , asar terbang p langkawi , suma laaa senang cita . selalunyaaa time macamni korang akan tengok kawan yang TAKPERNAH SOLAT tetiba mai penyakit solat plak , bukan berdosa dia solat , elok memang elok berubah ke arah yang lebih baik , tapiiii tengok la nanti , lepas exam , habis merdeka keputusan suma dah keluar , mula laaa dia lupa tanggunjawab solat 5 waktu dia tu , seriously , perkara ni terjadi kat kawan aku sendiri (sila terasa) . bukan semua . diulang , perkara ni bukan semua . sikit ja pun :P

uiksss , dahla , aku rasa sampai sini ja punnnn aku berbual panjang , nanti datang idea lain , aku try letak lagi yaaa :D bye . SEBELUM TU , SILA TERASA . ASSALAMUALAIKUM !  

telur penyu diharamkannn ?


cer korang klik ni dulu baru baca -.- jangan jadi pemalas yee .

 TELUR PENYU DIHARAMKAN !

aku dahlah suka makan telur penyu , takkan diharamkan pulakkk ? sadisnyaaa , alahai , sedap kot , buat masak lomak , perghhhhh pergi diaaa . 

KALAU SAYANGKAN PENYU-PENYU KITA , MARILAH JALANKAN KEMPEN INI :) TAKSUSAH PUN TUNJUKKAN KASIH SAYANG KAT PENYU-PENYU :) BYE ~ 


Tuesday, 12 June 2012

benda macamni takboleh dibuat main !



CURANG !
ini lah benda yang aku cakap takboleh dibuat main tu (tulisan kaler merah betul-betul nampak aku marah kan?) hahak .
aku paling pantang lah jumpa lelaki curang , cerita dia kat sini bukan aku nak cakap yang bf aku curang , oh no no no , mintak simpang ! kisahnya begini , aku ada kenal satu couple ni , dulu masa bercinta , alahai so sweet ~ kemana sahaja bersama , senang cerita kau susah , kau senang semua bersama lah (puiiii)
rasanya dekat 3 tahun jugak hubungan dorang ni , dorang couple hampir sama tarikh aku couple dengan ex aku dulu , aku dah break and dorang masih bersama . 
now nak dijadikan cerita , berpindahlah mereka ke tempat belajar yang berbeza utk menyambung ke peringkat yg lebih tinggi (mcm poyo je ayat ni) . sorang utara sorang selatan . aku pulak ditempatkan sama dengan salah sorang dari mereka ni .

aku pun bukan jenis nak amek tau sangat hal dorang sbb bagi aku kalau takde cite best wekpo nak amek tau , wakaka :P iskk bukan macamtu , aku just gitu-gitu jelaa . nak lebih menghangitkan cite ni lagi bila si dia yg satu tempat dengan aku ni mula pasang orang lain sebagai peganti pasangan dia yang jauhhh nunnnnn kat utara . aku dan beberapa kawan aku yang lain mula perasan perubahan tu -.- but we all fikir yang maybe dia dah break off dengan yang kat sana tu . 
taknak fikir negatif sebab kedua-duanya kawan aku , baik lak tu , so aku just ignore je apa pun , lantak deme la nak jadi ape pun .
dipendekkan cite , si dia yang kat utara ni call aku mintak penjelasan betul ke pasangan dia kat sana pasang orang lain . and i was like HUH ?!! tanya aku pulak , ni yg seram nak jawab sebab aku penah kena tuduh menipu and menyibuk hal org (dulu la , dorang yg bodoh tak kaji betul-betul)tetttt .
okay berbalik kepada cerita tadi , err aku just mengaku benda tu betul , dan bla bla blaaaa ~ tetiba pagi ni aku dapat message dari si dia dia utara yg bagitau pasangan dia yg satu tempat dengan aku ni tinggalkan dia and pilih pasangan baru tu .
aku tanya , APAKAH ALASAN DIA? , nak tau alasan apa yang buatkan dia tinggalkan kawan aku nih ? (actually dua-dua kawan aku) . alasan dia SI DIA DI UTARA NI DEMAND BAB-BAB KAHWIN NI , eh hello hello nak kopi ke milo , MANA ADA ZAMAN SEKARANG NI TAKDE YANG DEMAND BAB BAB KAHWIN AND BARANG PAKAIAN SEHARIAN , HELLOOOOOOO! penat dah hello hello ni .
aku sebagai org tengah takdapat nak bagi ulasan apa-apa , apa yang aku boleh cakap , tolonglah hargai pasangan kau yang dah berkurun sayangkan kau , bukan kau terima org yang baru 3 4 bulan kau bersama yang kau takkenal betul hati budi dia , helllllooooo sekali lagi -.- DANNN jangan bagi alasan BODOH untuk kau lepaskan diri kau yang BETUL BETUL BERSALAH tu , tolong ye .
cukuplah kau sakitkan hati dia dengan pasang orang lain , lepastu kau nak SAKITKAN HATI DIA DENGAN ALASAN BODO KAU TU ? 
buat yang terasa , tolonglah fikir sebaiknya , nasi belum jadi bubur , baru nak masak ni , baik kau fikir , mana jantan mana betina , ehh silap mana baik mana buruk , kau dah besar , dah ada semua untuk berfikiran waras :) dia benci kau tapi ingat DIA SAYANGKAN KAU lagi :) bye !

maksu sayang IMAN .

.MAKSU SAYANG IMAN.

tadi tengah godek-godek facebook terjumpa video and gambar anak buah aku . alahai sedihnya . rindu . sangat rindu . buat masa ni dia menetap kat Johor sampailah cuti bersalin mummy di habis . 



MUHAMMAD ADAM IMAN 

Dia ni memang gila sangat dengan excavator , dari yang kecil sampai lah besarrrr punyaaaaa ! :P nak jadi engineer la tu agaknyaa , amin amin :) dia ni la yang jadi kesayangan semua sebab dia lah cucu sulong dalam family aku , hehe . semua gomol dia , cium dia , semuanya kene utamakan dia :)
jom usha gambar dia yang lain-lain .

 
comel kan ?


iman cakap ni muka ANGRY BIRD :p


GERAMMMMMMM ;3


me with iman , masa birthday dia :D


haaaa ! nak tau ni siapa ? di lah adik iman , dia dapat adik kembar baru-baru ni :) iman dah jadi abang !! 
nama adik iman MUHAMMAD ADIB IMAN dan MUHAMMAD AFIQ IMAN :)
seronok tau jadi maksu ni :') but part paling takbest bila rindu kat semua anak buah :( taknak cakap banyak , bye ! :'(

pandai masak ke ?

harini aku nak cerita pasal aku mula memasak kat rumah sewa , sejak dah ada tong gas , dah ada kuali mama belikan , periuk mama bagi , kelengkapan yang cukup senang cerita , aku mula memasak .

day one , aku masak nasi goreng udang , perghhh ~ sedap jugak lah . roomate aku and bf aku lah yang jadi tukang makan dan tukang komplen (takkomplen pun) . hehe . sedap je aku tengok dorang makan . nampak menyelerakan . hahak .

day two , aku masak sup ayam beserta kentang , dan sambal ikan bilis dengan tempe (ala jawa) , sedap hingga makan berulang :P paling sedap sambal tu , even this is my first time masak , aku rasa dah sampai satu tahap aku rasa aku pandai memasak :P

day three iaitu hari aku menulis blog ni , aku masak sardin cili padi , sup ayam (bukan sup semalam ok , roomate aku request untuk masak lagi, sedapla tu, haha) , dan telur dadal special . perghhh kenyangnya sampai sekarang (brrp) . 

now ada satu soalan , aku ada 6 ekor ikan kembung untuk dimasak keesokan hari , aku takde idea , rasanya masak apa sedap ? :) 
sotong untuk hari khamis dan udang untuk hari jumaat , yummyyyy ~
bagilah idea korang pelisss T_T . bye ~

Monday, 11 June 2012

pogheber elon ?

hehek , its actually FOREVER ALONE ;D
what do you think about forever alone ? either you like it or not , yes you'll be FOREVER ALONE :)

now , you have your father , your mother , your sister , your brother , and you have everyone ~

later , dalam kubur , who are you with ? :) please answer me .
you will be FOREVER ALONE kannnn ?

tetapi , bila awak MENJAGA HUBUNGAN dengan NYA , DIA akan selalu bersama AWAK ! ;D sayangi DIA , ikut perintah NYA , jauhi LARANGANNYA <3 dan kini awak bukan pogheber elon @ forever alone lagiiii ! yeayyyy <3 bye :P

fav fav fav fav actor :D !

 
FIZO OMAR <3
 
taktahu kenapa suka sangat dengan dia .
sweet kot . even takberapa bagus sangat bab-bab berlakon and kureng dapat muncul dalam filem , tapi aku suka dia , aku sukaaaa <3
 
 
now dia tengah shooting ISYARAT CINTA with Adi Putra and Liyana Jasmay , i cant waittt <3
bye !

Sunday, 10 June 2012

malu dengan AYAH ?

PERNAH atau TIDAK malu dengan AYAH ?
selalunya anak-anak ni akan rapat dengan IBU berbanding AYAH . sama macam aku jugak , lebih rapat dengan MAMA berbanding AYAH . i shared all my story , my problems , my thoughts semua kat mama , semuaaaaa ~ tapi nothing with ayah , just suka share isu semasa such as bola (im big fans of liverpool) , politik (cita-cita nak jadi ahli politik :p) , dan macam-macam berita semasa . agak sukar nak cerita masalah remeh temeh or masalah besar dengan ayah , bukan malas , bukan taksuka , mungkin lebih kepada MALU ! . 

as a student yang berjauhan dengan family memang kadang-kadang agak rindu dengan family , mama and ayah , selalu keep calling my mom , and jarang sekali call ayah utk tanya khabar atau borak kosong , melainkan aku call untuk suruh dia ambil aku diperhentian bas , hmm , sebak pulak . niat dihati berkali-kali nak call , saja lepaskan rindu , tapi MALU , malu sangat ~ 

so , cara untuk aku lepaskan rindu bila balik rumah jelah , start balik tempat study aku akan mula lost contact dengan ayah , mama boleh dikatakan setiap hari akan call aku , tapi ayah ? :( 

sob sob , nak nangis pulak , kalau lah ayah baca blog ni , KALAU laaa , ATIN BUKAN TAKNAK CALL , ATIN MALU , ATIN RINDU MACAMANA PUN ATIN DIAM JEEE , BALIK NANTI BARU BOLEH CAKAP DENGAN AYAH :D 
ILOVEYOU AYAH , HAPPY FATHERS DAY :) SAYANG AYAH ! BYE !

ikhlas atau tidak bukan itu persoalannya !

TUDUNG itu WAJIB . 
soalan paling common 'why dont you wear hijabs?' atau 'kenapa awak masih belum bertudung?' dan jawapan paling common 'im not ready yet' atau 'hidayah belum sampai,hati tak ikhlas lagi nak bertudung' .

dan . . Ustaz Azhar Idrus ada sesuatu untuk anda yang sebegini .

'ALLAH SELALU MENURUNKAN HIDAYAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM KE ARAH KEBAIKAN , KALAU NAK TUNGGU IKHLAS SAMPAI BILA-BILA TAK IKHLAS , WALAUPUN MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN TAK IKHLAS , KELAMAAN HATI AKAN MENGIKHLASKAN , BUKAN DENGAN CARA MENERUSKAN DOSA TERSEBUT TANPA MELAKUKAN APA-APA , DOSA TETAP BERJALAN , SAMA ADA IKHLAS ATAU TIDAK BUKAN PERSOALAN KERANA IA ADALAH PERKARA WAJIB'

saya juga insan khilaf , banyak melakukan kesalahan , ini sekadar perkongsian kerana dengan kata-kata dari Ustaz Azhar ada juga betulnya , sementara tunggu hati ikhlas , apa kata kita cuba dulu sehingga hati mengikhlaskan :') ALLAH Maha Mengampuni . bye !

kenapa ISNIN itu lemau ?

assalamualaikum dan selamat hari isnin .
yea , ISNIN . kenapa ISNIN itu lemau ? kebanyakkan daripada kita semuanya taksuka hari isnin . kalau boleh nak terus hari selasa -,- , boleh macamtu ? isnin dikatakan hari yang sangat lemau kerana (ceh ayat nak skema jewwww) start dari hari jumaat kita dah mula rasakan ombak-ombak cuti tu , kalau student macam biasa petang jumaat takde kelas dah , dah boleh berambus dari kolej masing-masing (selalunya poli je petang jumaat takde kelas) . bagi yang bekerja pulak ? jumaat tu dah rasa or dah mula fikir nak kemana keesokkan hari , kalau swasta tu akak taktau la sama ada sabtu tu keje ke tak -.- (akak aku keje sabtu). err kalau kaum perempuan tu rasanya jumaat petang time rehat dua jam tu dorang dah start cuti rasanyaaa ~~ pergi shopping bagi yang dekat ngan mall or jalan TAR -.- bhahaha ( mak aku sebenarnya ) . okay bila dah sampai hari ahad ! jeng jeng jenggggg ~ ISNIN menjelma :D okay malas nak cite keburukan hari isnin , sila fikir sendiri , lain orang lain ceritanyaaa :D bye !